Friday, September 14, 2012

Kamera Aku

Macam diceritakan pada pengenalan sebelum ni, aku mula ketagih mengambil gambar sejak menggunakan handphone yang berapa megapixel nya sahaja. Kemudian aku upgrade sikit dengan menggunakan kamera kompak 10mp. Agak lama jugak la bermain dengan kamera ni. Dari situ aku belajar 'mengedit' gambar dengan pelbagai teknik. Pada aku setiap gambar yang aku ambil pasti disusuli dengan sentuhan di komputer pula. Ada ramai juga yang lebih gemar dengan gambar asli tanpa sebarang penambahan atau penambahbaikan. Pada aku, itu semua terpulang pada kehendak masing-masing. Tak perlu memaksa orang lain untuk menerima pendapat diri sendiri. Terkadang kita terlalu mengikut cara orang sehingga pening untuk mencari identiti sendiri. Dan apabila seorang rakan sekerja aku memperkenalkan aku kepada kamera DSLR, aku pada mulanya tak ambil perhatian sangat. Ye la, dengan harga yang agak mahal aku fikir belum masanya aku untuk memilikinya lagi. Ditambah pula terlalu banyak punat dan 'function' yang ada. Agak pening la juga. Tapi bila lama kelamaan, terasa dihati untuk mencuba. Rakan aku tu pulak tak lokek barang. Diberinya aku mencuba. Diajarinya aku dengan mode Auto. Wah..tak ada la susah sangat pun. Fokus kemudian petik sahaja. Mulanya aku fikir kamera sebesar ni lebih kurang sahaja dengan kamera kompak aku tu. Namun setelah melihat gambar yang rakan aku tu ambil semuanya amat mengagumkan aku. Yang mana pada kamera kompak aku tu terlalu mustahil untuk membuatnya. Hmm...ini racun pertama diberikan kat aku.

Pengenalan

Selamat datang ke blog fotokulani@fotozayman ni...disini aku akan berkongsi dengan kalian semua hasil-hasil gambar yang aku ambil sepanjang aku menceburkan diri dalam hobi fotografi ni. Bermula dengan kamera handphone kemudiaan ke kamera kompak dan ke DSLR kini. Bagi aku mengambil gambar ni sesiapun pun boleh boleh melakukannya. Di ajar penggunaan kamera kepada budak berumur 2 tahun sekalipun dia pasti boleh mengambil gambar. Yang bezanya adalah pandangan dan pendapat seseorang tentang hasil gambar yang diambil. Apapun pengetahuan mengenai kamera dan cara menggunakannya amat penting bagi menghasilkan sesuatu gambar yang diingini. Pada zaman sekarang ni, bermacam-macam jenis kamera yang terdapat di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Yang mahal sudah semestinya bermutu tinggi. Tapi tak bererti memiliki yang mahal dapat menghasilkan gambar yang berkualiti. Pengetahuan tentang fotografi amat penting bagi mereka menceburinya. Aku pun tak lepas dari mentelaah banyak buku dan blog semata-mata untuk mempelajarinya. Terus terang aku katakan aku tak pernah lagi mengikuti sebarang bengkel yang mengenakan bayaran ataupun yang percuma. Kebanyakkan yang aku pelajari hanyalah dari internet. Forum, Blog, Youtube dan macam-macam lagi lah.Bukannya disebabkan aku tak mahu masuk bengkel ataupun nak berlagak pandai, tapi sekurangnya biar aku faham sesuatu dari ternganga bila masuk bengkel tu. Mungkin satu hari nanti.... Bila banyak mentelaah jadi adalah sikit pengetahuan dari tak tahu apa-apa. Dan untuk itu aku buka blog ini semata-mata untuk berkongsi dengan kalian semua pengetahuan yang aku ada dan apa yang kalian ada. Kita berkongsi secara percuma...